daisypath

Daisypath Anniversary tickers

background

welcome

Assalamualikum blogwalking ~ im merlissa nadeera ! nothing interesting about my blog ! my blog just about me and my life ~ pasal orang lain ? malas nak cite ! kalau suka baca , tak suka tak payah baca ~

bila wanita telah jatuh cinta


Teman : Kalaulah bahagia itu boleh dibeli pada kali pertama bercinta.
Aku : Kenapa nak beli sedangkan bahagia itu perlu dicari?
Teman : Bahagia itu tidak pernah bersama aku. 
Aku : Jangan cakap begitu.
Teman : Kalaulah cinta itu betul-betul wujud sewaktu aku mula berikan hati.
Aku : Bukankah kau benar-benar dilamun cinta?
Teman : Bahkan aku tidak pernah bersua muka. Aku bercinta hanya dengan gambar serta suara dan kata-kata tanpa melihat wajah penutur bicara.
Aku : Tapi kau bahagia kan?
Teman : Memang. Cuma, kalau dia datang kembali, apakah aku mampu beri peluang lagi?
Aku : Pada siapa? Kau atau dia?
Teman : Pada diri sendiri. Apakah aku mampu berikan ruang pada orang yang melukakan hati aku?
Aku : Mungkin. Terpulang pada kau sendiri.
Teman : Kalaulah dia betul-betul wujud.
Aku : Pastinya dia wujud.
Teman : Aku pernah mahu menangis tatkala peluang pertama musnah begitu sahaja.
Aku : Ah, jangan begitu.
Teman : Pernahkah kau menunggu orang yang kau cinta sehingga lupa rutin biasa?
Aku : Pernah.
Teman : Berapa lama? Ada sampai terpaksa koyakkan kalendar?
Aku : Tidaklah begitu sekali aku rasa.
Teman : Aku pernah dan aku takut kalau dia datang dan muncul kembali, aku tak mampu berlagak sebagaimana biasa.
Aku : Bukankah kau sudah melupakan?
Teman : Kalaulah semudah yang semua orang sangkakan.

DA HABIS BACA ?? HOPELY KORANG ENJOY ! BYE~

No comments:

lagu